Alamanda kongsi rezeki Ramadan bersama 45 kanak-kanak Pertubuhan Amal Rukaiyah

10 Mar 2026 • 7:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin (tengah) bergambar bersama wakil Bata Malaysia Sdn Bhd, Rushydina Aqilah Razali (lima dari kiri), Pemilik BrownieMunch, Nurul Munirah Mat Zelan (empat dari kiri) dan Penjaga Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Siti Eshah Din (tiga dari kanan) dan kanak-kanak yang diraikan dalam program membeli-belah persiapan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa anjuran Alamanda Shopping Centre.
image is not available
Kanak-kanak berkenaan diberi peluang memilih sendiri pakaian raya di butik Gene Martino.
image is not available
Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa di Chakri Village yang dihadiri kanak-kanak terbabit bersama rakan media dan pihak pengurusan Alamanda.

PUTRAJAYA – Seramai 45 kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah diraikan dalam satu program membeli-belah persiapan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa anjuran Alamanda Shopping Centre di sini pada 5 Mac lalu.

Program tersebut diadakan sempena Ramadan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Alamanda bagi menceriakan golongan kurang bernasib baik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, sambutan Aidilfitri menjadi lebih bermakna apabila kegembiraan dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

“Hari Raya menjadi paling bermakna apabila kita berkongsi kegembiraan bersama orang lain.

**media[3459018]**

“Melihat wajah kegembiraan kanak-kanak ini semasa memilih baju raya dan kasut mereka mengingatkan kita tentang erti sebenar musim ini. Di Alamanda, kami bukan sekadar tempat untuk membeli-belah, tetapi mahu menjadi ruang di mana kenangan tercipta dan komuniti berasa dihargai,” katanya.

Pada program tersebut, kanak-kanak berkenaan diberi peluang memilih sendiri pakaian raya di butik Gene Martino, manakala jenama Bata turut menaja sepasang kasut baharu kepada setiap daripada mereka.

Selain membeli-belah, mereka turut menyertai bengkel kraf tradisional seperti anyaman ketupat dan pembuatan mini wau bulan bagi memberi pengalaman mengenali warisan budaya tempatan.

Alamanda turut menyampaikan duit raya kepada setiap kanak-kanak, manakala Browniemunch menambah keceriaan dengan menyumbang biskut dan brownies serta duit raya tambahan.

Program berkenaan diakhiri dengan majlis berbuka puasa di Chakri Village yang dihadiri kanak-kanak terbabit bersama rakan media serta pihak pengurusan Alamanda.

**media[3459019]**

Sementara itu, sambutan Aidilfitri di Alamanda turut diserikan menerusi kempen Hari Raya 2026 yang menampilkan dekorasi bertemakan Bougainvillea Garden di ruang Centre Court.

Ruang tersebut dihiasi dengan bunga bougainvillea serta sentuhan elemen tradisional bagi mewujudkan suasana tenang dan indah untuk pengunjung berkumpul serta merakam kenangan perayaan bersama keluarga.

Sepanjang kempen itu, pelanggan yang berbelanja RM700 dalam dua resit berpeluang menerima kelalang bunga eksklusif serta satu set paket raya.

Manakala pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas pula akan menerima e-Voucher membeli-belah Alamanda bernilai RM50 selain kelalang bunga eksklusif dan paket raya.

Dalam masa sama, Alamanda turut menyokong kesedaran kesihatan mental melalui penjualan Green Ribbon Pin sepanjang tempoh kempen berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai kempen boleh didapati di laman web www.alamanda.com.my atau Facebook Alamanda Shopping Centre.