“Alamat, nombor dah ada” – Shuib Harap ‘Ceo Heelmie’ Dapat Tidur Nyenyak, Bakal Ambil Tindakan

Entertainment
27 Nov 2024 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib iaitu Watie Hanifiah memuat naik hantaran yang mendedahkan seorang lelaki berkata Shuib perlu mencari isteri baru kerana perangainya yang kian berubah.

Individu yang dikenali sebagai CEO Heelmie di TikTok itu melontarkan pelbagai dakwaan jahat terhadap pasangan selebriti tersebut.

Terbaru, Shuib dalam satu sesi live di TikTok berkata dia sudah pun mendapat informasi berkenaan CEO Heelmie itu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata dia sudah pun mendapatkan alamat terkini serta nombor telefon lelaki berkenaan.

“Alamat dia saya dah ada, nombor telefon pun saya ada dan ada orang cakap dia selalu berpindah-randah, dah macam gelandangan pula kau ye CEO Heelmie, kata ceo,” katanya.

Malah, bekas ahli kumpulan Sepah itu juga seakan memberi amaran kepada TikToker tersebut agar dia dapat tidur lena sebelum diheret ke mahkamah.

Sebelum ini, individu yang sama pernah mendakwa Shuib menggunakan wang syarikat untuk menunaikan umrah namun apabila diajak bersua, individu berkenaan meminta agar Shuib membayar gaji pekerjanya dahulu.

Sumber: mStar, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.