Alami Gejala Pening, Muntah Dan Cirit-birit, 4 Sekeluarga Keracunan Lepas Makan Ikan Buntal

LocalHealth & Fitness
26 Jan 2025 • 1:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa ikan buntal sememangnya mempunyai toksin yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Namun, dalam masa yang sama, jika anda ingin menikmati ikan buntal, tiada masalah untuk berbuat demikian namun sebelum itu, toksin tersebut perlulah dibuang dengan betul.

Di Jepun, hanya chef yang berkelayakan sahaja yang boleh menghidangkan menu ikan buntal ini kepada pelanggan restoran mereka kerana jika tidak mempunyai kemahiran yang betul, mereka boleh mengakibatkan kematian kepada pelanggan.

Baru-baru ini, empat sekeluarga di Kota Marudu, Sabah dilaporkan telah mengalami keracunan makanan disyaki berpunca daripada ikan buntal.

Mangsa-mangsa terbabit mengalami pening, kebas pada kaki dan tangan, cirit-birit, muntah dan sukar bernafas selepas menikmati ikan buntal.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Menurut laporan BERNAMA, ikan buntal itu dibeli oleh mereka dari pasar setempat.

Untuk pengetahuan semua, ikan buntal mempunyai toksin atau racun yang dikenali sebagai tetrodotoksin.

Toksin tersebut boleh menyebabkan otot penting seperti otot pernafasan lumpuh, pedih ulu hati, loya, kebas pada muka, lidah atau bibir dan sakit kepala.

Mangsa yang keracunan toksin ini sehingga ke tahap teruk boleh meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, mangsa empat sekeluarga tersebut dilaporkan telah menerima rawatan di hospital. Ada yang telah dibenarkan untuk pulang ke rumah dan ada juga yang masih dirawat namun berada dalam keadaan stabil.

Sumber: BERNAMA

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.