Lima kes keracunan ikan buntal, dua masih dirawat

LocalHealth & Fitness
26 Jan 2025 • 2:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Lima kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada toksin ikan buntal dilaporkan di Sabah bulan ini, dengan dua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman berkata daripada jumlah itu, satu kes dilaporkan di daerah Kota Kinabalu pada 10 Jan lepas, manakala empat kes lagi melibatkan satu keluarga di daerah Kota Marudu pada Jumaat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata kesemua mangsa berusia antara 15 hingga 48 tahun mengalami gejala pening, muntah, cirit-birit, kebas pada tangan dan kaki, serta kesukaran bernafas selepas memakan ikan buntal yang dibeli dari pasar setempat.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengambil maklum mesej tular di media sosial mengenai kejadian itu. Tiga daripada mangsa dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan, manakala dua lagi masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dr Maria berkata ikan buntal atau pufferfish mengandungi racun tetrodotoksin (TTX), sejenis toksin yang tergolong dalam kumpulan neurotoksin (toksin yang menyerang sistem saraf), yang boleh menyebabkan gejala keracunan seawal 10 hingga 45 minit selepas pengambilan.

Beliau berkata tanda-tanda keracunan itu termasuk kebas pada bibir, lidah dan muka, sakit kepala, pedih ulu hati, loya, cirit-birit dan muntah, serta kelumpuhan otot penting seperti otot pernafasan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dalam kes yang teruk, kematian boleh berlaku dalam tempoh enam hingga 24 jam,” katanya.

Dr Maria menambah, selain ikan buntal, TTX juga terdapat dalam beberapa spesies laut seperti belangkas dan siput laut, serta haiwan amfibia lain seperti katak beracun.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“JKNS telah melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan termasuk pendidikan kesihatan kepada individu terlibat dan komuniti setempat,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada mengambil makanan yang disyaki mengandungi TTX dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan.