Alat Kawalan Peranti Gaming Razer Kishi V3 Pro Dan Pro XL Dijual Pada Harga Permulaan RM769

TechnologyDigital
13 Jun 2025 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer, jenama pembuat aksesori gaming terkemuka telah mengemaskini aksesori alat kawalan peranti mereka, iaitu siri Razer Kishi V3 yang kini hadir dengan dua pilihan model tambahan, termasuklah Razer Kishi V3 Pro dan Razer Kishi V3 Pro XL.

image is not available

Razer Kishi V3 Pro adalah sebuah alat kawalan permua yang menyokong semua peranti pintar yang hadir dengan palam pengecasan USB Type-C sehinggalah tablet yang mempunyai saiz paparan 8 inci.

image is not available

Alat kawalan ini hadir dengan ciri-ciri seperti penggunaan alat kawalan analog TMR (Tunneling Magnetoresistance) yang hampir menyerupai kawalan analog Hall Effect, tetapi dengan teknologi berbeza, butang tetikus yang memudahkan pengguna untuk kembali ke menu sebelumnya, penggunaan teknologi Razer Sansa HD untuk tindakbalas haptik yang selesa, palam pengecasan USB dengan sokongan passthrough dan palam audio 3.5mm yang membolehkan anda menyambungkan fon telinga atau kepala berwayar kepada peranti pintar anda.

image is not available

Dalam pada itu, Razer juga telah memperkenalkan Razer Kishi V3 Pro XL, iaitu alat kawalan Razer Kishi V3 Pro yang boleh digunakan pada peranti-peranti yang lebih besar, seperti misalnya tablet iPad Pro 13 inci. Kesemua ciri-ciri lain yang ditawarkan pada Razer Kishi V3 Pro juga diperlihatkan pada alat kawalan ini.

Razer mengatakan bahawa aksesori-aksesori ini sudahpun mula dijual melalui pengedar rasmi produk Razer di seluruh Malaysia.

  • Razer Kishi V3 – RM499
  • Razer Kishi V3 Pro – RM769
  • Razer Kishi V3 Pro XL – RM1039