Android 16 Boleh Dimuat Turun Hari Ini Tetapi Tanpa Material 3 Expressive

TechnologyDigital
11 Jun 2025 • 9:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti diumumkan semalam, Android 16 versi akhir yang stabil boleh dimuat turun peranti Pixel terpilih. Kemas kini yang kami terima pada Pixel 9 Pro XL menunjukkan saiz kemas kini 392 MB dan menggantikan versi Beta yang digunakan sebelum ini.

image is not available
Google Material 3 Expressive

Walaupun Android 16 versi akhir boleh digunakan hari ini, ia tidak hadir dengan dua ciri baharu yang dinantikan iaitu antaramuka Material 3 Expressive dan juga mod desktop yang diperlihatkan sebelum ini. Pada peranti kami, antaramuka Android 16 masih lagi sama dengan Android 15. Menurut laporan Android Authrority, Android 16 QPR1 akan diberikan pada 3 September depan membawakan kedua-dua ciri baharu in.

Ini bermakna siri Pixel 10 akan turut dilancarkan pada tarikh tersebut dengan ia menjadi peranti pertama menggunakan Material 3 Expressive dan mod desktop. Material 3 Expressive membawakan antaramuka yang nampak lebih ceria, interaktif, dan mudah difahami. Ia berbeza dengan langkah diambil Apple iOS 26 yang mengembalikan rekaan berkaca yang telah dihentikan sejak iOS 7.