Alat Kawalan Razer Prio Boleh Dilipat Kecil – Harga RM 469

TechnologyGaming
3 Sep 2026 • 8:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Alat kawalan permua untuk telefon pintar Razer Prio dilancarkan dengan ia boleh dilipat kecil untuk mudah disimpan di dalam poket seluar. Apabila dilipat, saiznya adalah setanding dengan sebuha kad kredit sementara ia hanya seberat 101 gram.

Image from: Alat Kawalan Razer Prio Boleh Dilipat Kecil – Harga RM 469

Walaupun kecil, ia masih hadir dengan empat butang muka, d-pad, dua tombol analog dan empat butang bahu yang kini standard pada alat kawalan permainan. Razer berkata dua tombol analog mempunyai ciri mengelakkan stick drift tetapi tidak mengatakan sama ada suis TMR atau Hall Effect digunakan.

Image from: Alat Kawalan Razer Prio Boleh Dilipat Kecil – Harga RM 469

Ia menyokong telefon Android dan iOS dengan sambungan kepada peranti pula adalah menerusi USB-C sahaja. Dengan Razer Prio, perkhidmatan penstriman permainan video Xbox Cloud Gaming, Steam Link, PS Remote Play, dan Razer PC Remote Play boleh diakses dengan mudah pada telefon pintar.

Sebuah Razer Prio dijual pada harga RM 469 dalam warna hitam sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved