Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 1:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
Albert Tei, Anthony Loke

SEREMBAN – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, tidak menolak kemungkinan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan diadakan, 1 Ogos depan.

Albert atau nama sebenarnya Tei Jiaan Cheing, 37, berkata, beliau masih mempertimbangkan perkara itu, namun mengakui keputusannya hampir dimuktamadkan.

"Ada parti yang tawarkan saya untuk bertanding dan saya masih dalam proses mempertimbangkannya, tetapi ia hampir pasti.

"Lagi pun ramai kawan-kawan dan juga pengikut saya di media sosial yang berharap saya bertanding dalam pilihan raya kali ini. Mungkin saya akan umumkan keputusan itu minggu depan," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

Beliau bagaimanapun enggan berkongsi parti yang menawarkan peluang tersebut, namun menyasarkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang kini disandang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Jelasnya, hasrat untuk bertanding di Negeri Sembilan didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Pakatan Harapan(PH) dan DAP yang dilihat gagal mengotakan janji-janjinya kepada rakyat.

"Saya belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik kerana perjuangan saya selama ini adalah atas kapasiti peribadi.

"Tapi mungkin PRN di Negeri Sembilan menjadi medan pertama saya menceburi politik," katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Anthony Loke mengesahkan akan mempertahankan kerusi DUN Chennah pada PRN tidak lama lagi.

Beliau mula bertanding di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,098 undi selepas memperoleh 5,128 undi, sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional (BN).

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 2,200 undi apabila memperoleh 5,888 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

Sebelum bertanding di DUN Chennah, Anthony merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved