Nak bertanding di Negeri Sembilan? Tukar alamat dulu -Pesan Loke kepada Albert Tei

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 8:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook mengingatkan ahli perniagaan, Albert Tei supaya memastikan alamat pada kad pengenalannya ditukar terlebih dahulu sekiranya berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Sesiapa sahaja boleh tawarkan diri

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang memberi hak kepada sesiapa sahaja untuk menawarkan diri sebagai calon, namun semua pihak perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

“Kita negara demokrasi. Siapa-siapa nak jadi calon, silakanlah. Itu hak masing-masing.
“Cuma saya nak ingatkan, tukar alamat dulu. Kalau bukan alamat di Negeri Sembilan, dia tak boleh bertanding,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Sembilan.

Image from: Nak bertanding di Negeri Sembilan? Tukar alamat dulu -Pesan Loke kepada Albert Tei

Tak kisah mana-mana individu mahu bertanding

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan menyatakan, beliau tidak kisah dengan mana-mana individu yang mahu bertanding di kerusi berkenaan kerana tumpuan utamanya adalah untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan pengundi di DUN Chennah.

“Saya punya fokus ialah kepada kerja saya, kepada rakyat dan pengundi Chennah yang telah saya wakili selama tiga penggal. Jadi siapa-siapa nak bertanding, silakanlah,” katanya.

Image from: Nak bertanding di Negeri Sembilan? Tukar alamat dulu -Pesan Loke kepada Albert Tei

Untuk rekod, Anthony mula bertanding di DUN Chennah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebelum memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,098 undi selepas memperoleh 5,128 undi, sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional (BN).

Beliau sekali lagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2023 dengan majoriti 2,200 undi apabila memperoleh 5,888 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

Sebelum mewakili DUN Chennah, Anthony merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan suasana kempen PRN Johor setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang provokasi atau insiden yang tidak diingini.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved