Albert Tei mahu lawan Anthony Loke! Beri bayangan bertanding PRN Negeri Sembilan

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 2:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, memberi bayangan bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos depan selepas mengakui sedang mempertimbangkan tawaran daripada sebuah parti politik.

Albert atau nama sebenarnya Tei Jiaan Cheing berkata, keputusan berhubung perkara itu hampir dimuktamadkan dan dijangka diumumkan minggu depan.

“Ada parti yang tawarkan saya untuk bertanding dan saya masih dalam proses mempertimbangkannya, tetapi ia hampir pasti.
“Lagi pun ramai kawan-kawan dan juga pengikut saya di media sosial yang berharap saya bertanding dalam pilihan raya kali ini. Mungkin saya akan umumkan keputusan itu minggu depan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Image from: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke! Beri bayangan bertanding PRN Negeri Sembilan

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan parti yang menawarkan peluang berkenaan, namun menyasarkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang kini disandang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya, hasrat untuk bertanding di Negeri Sembilan didorong rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan DAP yang disifatkannya gagal menunaikan janji kepada rakyat.

“Saya belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik kerana perjuangan saya selama ini adalah atas kapasiti peribadi.
“Tapi mungkin PRN di Negeri Sembilan menjadi medan pertama saya menceburi politik,” katanya.

Image from: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke! Beri bayangan bertanding PRN Negeri Sembilan

Albert yang berasal dari Kuantan, Pahang, berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum ini.

Artikel lain: “Saya bersedia!”-Albert Tei sahut cabaran debat Ketua Pengarah J-Kom

Sementara itu, Anthony Loke sebelum ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi DUN Chennah pada PRN akan datang. Beliau mula bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memenanginya dengan majoriti 1,098 undi.

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, Anthony sekali lagi berjaya mempertahankan DUN Chennah dengan majoriti 2,200 undi selepas memperoleh 5,888 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN). Sebelum itu, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved