Albertine Leo Disatukan Dengan Keluarga, Saudara Kongsi Gambar Dengan Kanak-kanak Hilang

Entertainment
24 Jul 2024 • 10:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, seluruh rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila kanak-kanak berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang sebelum ini telah selamat ditemukan di Batang Kali, Selangor.

Menurut laporan NST, kanak-kanak tersebut sudah pun keluar dari hospital sekitar jam 1 ke 2 petang semalam selepas menerima pemeriksaan kesihatan di sana, sebelum dibawa pulang ke Johor.

image is not available

 

Mangsa tiba di hospital pada waktu pagi, dan sekitar jam di antara 1 petang dan 2 petang, pesakit telah discharge… dengan diiringi polis,” kata sumber.

Albertine sudah pulang ke pangkuan keluarga

Dalam satu perkembangan terbaru, The Star melaporkan bahawa Albertine Leo yang hilang tiga hari lalu telahpun disatukan dengan keluarganya.

Malah seorang pengguna media sosial yang dipercayai saudara mangsa telah berkongsi gambar detik gembira tersebut dan menyatakan ucapan terima kasih di atas keprihatinan orang ramai terhadap kes itu.

image is not available

Katanya lagi, Albertine ketika ini memerlukan rehat yang cukup kerana letih selepas apa yang berlaku beberapa hari lalu.

Kami akan membawanya pulang dan beri ruang kepadanya untuk berehat.

“Keluarganya juga ingin mengucapkan terima kasih atas semua kasih sayang dan keprihatinan orang ramai dalam membantu berkongsi posting yang membawa kepada penemuannya ini,” katanya.

Ibu kanak-kanak itu, Leo Qieo Xin, 37 juga dilihat mengangkat ibu jari tanda baik di dalam gambar itu bersama ahli keluarga yang lain.

Syukurlah adik Albertine telah berjaya ditemui.

Sumber: NST, Majoriti

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.