
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum pasti mengetahui solat merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam.
Malah ramai juga yang menasihatkan, tidak kiralah sebanyak mana dosa yang dilakukan seseorang namun jangan pernah meninggalkan solat.
Bukan hanya itu, pentingnya solat sehingga ia diibaratkan sebagai tiang agama. Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa memperbaiki solat agar ia menjadi lebih sempurna.
Lelaki kongsi foto ramai orang beratur untuk tunai solat raih perhatian
Baru-baru ini, seorang pengguna di TikTok telah berkongsi koleksi gambar memaparkan orang ramai sedang beratur di pusat membeli-belah.
Koleksi gambar itu bagaimanapun telah menarik perhatian kerana ia memaparkan orang ramai yang sedang beratur untuk menunaikan solat di surau.
Menerusi koleksi gambar oleh Daniel Rezza kelihatan ramai golongan lelaki yang sedang beratur panjang menunggu giliran untuk menunaikan kewajipan.
Ramai beratur meskipun ruang solat tak besar
Meskipun ruang solat di pusat membeli-belah itu tidak dapat menampung jumlah yang ramai namun kelihatan mereka beratur dengan sabar.
Perkara itu secara tidak langsung menunjukkan ramai umat Islam yang sentiasa menjaga solat mereka. Malah turut kelihatan setiap ruang di dalam surau digunakan sepenuhnya oleh pengunjung untuk menunaikan solat.
“Walaupun dalam pusat beli-belah, solat tetap tidak dilupakan,” kata Daniel di ruangan kapsyen.
Ramai gembira lihat ramai yang utamakan solat
Menjengah ke ruang komen, ramai yang gembira melihat bagaimana orang ramai beratur untuk menunaikan solat.
Malah ada yang berdoa agar solat mereka di terima oleh Allah SWT kerana sentiasa berusaha untuk melaksanakan ibadah wajib tersebut.
Tak kurang juga ada yang mencadangkan agar pihak pusat membeli-belah turut menyediakan ruang solat yang lebih besar untuk memudahkan umat Islam.
Selain itu ada juga memberi peringatan untuk menggunakan sejadah secara melintang untuk memudahkan yang lain menggunakannya.
“Ya Allah kau terima lah solat dan ibadah umat akhir zaman ya Allah”

“Cuma nak bagitahu, kalau orang tengah ramai tunggu turn nak solat. Buat yang wajib dah lah, sian orang lain tunggu lama-lama”

“Dan lebih menyentuh lagi, makin sibuk area tu atau makin pesat dan maju. Makin ramai yang akan solat. Tak kisah beratur panjang dan bersesak. Free hair, pakai skirt pun masuk surau untuk solat.”

“Kalau tinggalkan solat memang rasa pelik, rasa bersalah sangat dengan Allah. Itu yang aku rasa”



![Lelaki Dakwa Ray-Ban Meta Dirampas Di Airport Jeddah, Baru Tahu Rupanya Tak Boleh Bawa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)
![“MasyaAllah”- Aksi Lelaki Pimpin Tangan Rakan OKU Penglihatan Sertai Marathon Buat Ramai Sebak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)
