'Alhamdulillah, one step closer.' Zubir Khan bertunang? Gadis cantik bergelar doktor jadi perhatian

EntertainmentLifestyle
27 Apr 2026 • 10:06 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Alhamdulillah, one step closer.' Zubir Khan bertunang? Gadis cantik bergelar doktor jadi perhatian

PENYANYI dan komposer Zubir Khan menjadi perhatian selepas berkongsi hantaran memberi bayangan dirinya sudah melangkah ke fasa hubungan serius.

Menerusi Instagram, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu Tamil memuat naik foto dirinya menyerahkan jambangan bunga mawar kepada seorang gadis berserta kapsyen pendek namun sarat makna.

"Alhamdulillah, one step closer," tulisnya dengan tanda pagar #zh.

Image from: 'Alhamdulillah, one step closer.' Zubir Khan bertunang? Gadis cantik bergelar doktor jadi perhatian

Zubir atau nama penuhnya Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, dan pasangannya kelihatan manis memakai sepersalinan merah jambu.

SinarPlus yang menghubungi pihak pengurusan Zubir dimaklumkan pelantun lagu Yennode Macha itu masih belum bersedia untuk berkongsi lanjut hal berkenaan.

Warganet pelbagai bangsa mengucapkan tahniah buat Zubir dan pasangannya yang katanya memiliki gelaran doktor.

"Doktor tu pergh mantap Zubir, congratulation."

"Congrats both of you, by the way she is so cantik."

"Siapakah gerangan gadis yang bertuah tu? Tahniah Zubir!"

"Congratulations Zubir and Sis H."