Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menzahirkan rasa syukur dan tidak sabar menanti kepulangan suaminya ke kediaman mereka di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada Selasa.
Bersyukur dengan keputusan
Memetik laporan daripada Berita Harian, Rosmah hanya memberikan respons ringkas dengan meluahkan rasa syukur menerusi ungkapan “Alhamdulillah”.

Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah baharu yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, berkuat kuasa serta-merta.
Sementara itu, tinjauan di luar kediaman mereka mendapati suasana kelihatan tenang dengan kawalan keselamatan teratur sebaik sahaja kenderaan yang membawa Najib tiba.



![[VIDEO] Najib tiba di Langgak Duta, sambung baki hukuman di rumah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/e6bdb7b6-beba-40c6-9942-65f3582857d8-1024x683.jpeg)


