KOTA BHARU – Penyanyi lagu dialek Kelantan, Eda Ezrin, selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah hospital swasta di sini pada Selasa.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, selamat bersalin bayi perempuan dengan berat 2.75 kilogram,” tulisnya.
Sebelum ini, media melaporkan Eda Ezrin optimis single terbaharunya berjudul Adik Saye Abe Sore bersama Den Manjo berpotensi mengulangi kejayaan lagu Bea Sobar Bea atau Cinta Setandang Pisang yang pernah mencetuskan fenomena hingga ke Indonesia.
Menurutnya, kejayaan tersebut mampu dicapai dengan sokongan berterusan daripada peminat, sebagaimana yang diterima bagi karya terdahulu.





