Sufian Suhaimi timang anak sulung, dedah perasaan kini bergelar ayah -'Sebak, bahagia bercampur…'

EntertainmentFamily & Parenting
29 Apr 2026 • 8:29 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Sufian Suhaimi timang anak sulung, dedah perasaan kini bergelar ayah -'Sebak, bahagia bercampur…'

PENYANYI Sufian Suhaimi kini bergelar bapa. Pelantun lagi Di Matamu itu berkongsi khabar gembira tersebut apabila isterinya, Rania Al Sadat, selamat melahirkan bayi sulung mereka, sekali gus melengkapkan fasa baharu dalam kehidupan mereka.

Khabar bahagia itu dikongsikan sendiri oleh Sufian menerusi media sosial miliknya dengan memuat naik video yang merakam momen penuh bermakna tersebut.

Dalam suasana penuh syukur, penyanyi berusia 33 tahun itu tidak berselindung meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam.

Image from: Sufian Suhaimi timang anak sulung, dedah perasaan kini bergelar ayah -'Sebak, bahagia bercampur…'

“Assalamualaikum, Alhamdulillah. Akhirnya, sampai juga momen yang Pian tunggu selama ni. Hari ni, Pian dengan penuh rasa syukur nak kongsi yang Pian dah pun bergelar seorang ayah.

“Susah untuk Pian gambarkan perasaan kali ni… rasa sebak, bahagia, semua bercampur jadi satu.

Image from: Sufian Suhaimi timang anak sulung, dedah perasaan kini bergelar ayah -'Sebak, bahagia bercampur…'

"Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa support Pian dan juga baby Pian, daripada kosong sampailah ke tahap Pian dapat bina sebuah family yang Pian impikan hari ni,” kongsinya jujur.

Luahan itu bukan sahaja meraih perhatian peminat, malah dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikut setia yang selama ini mengikuti perjalanan seninya.

"Tahniah Pian & isteri. Semoga baby & ibunya sihat."

"Alhamdulillah.Tahniah Pian.."

"Baby pian dah ade baby."