“Alhamdulillah Sempat...” Lelaki Jumpa IC Calon SPM, Syukur Berjaya Dipulangkan Sebelum Peperiksaan Bermula

24 Nov 2026 • 3:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Alhamdulillah Sempat...” Lelaki Jumpa IC Calon SPM, Syukur Berjaya Dipulangkan Sebelum Peperiksaan Bermula

Apabila terjumpa dokumen penting seperti kad pengenalan, perkara pertama yang terlintas pastinya mahu memulangkannya kepada pemilik.

Bagaimanapun, usaha itu bukan mudah sekiranya tiada maklumat lain yang boleh membantu mengenal pasti atau menghubungi pemiliknya.

Sebab itu, apabila barang yang dijumpai akhirnya berjaya dikembalikan, pastinya orang yang menemukannya turut berasa lega dan gembira.

Begitulah kisah seorang pengguna Threads dikenali sebagai @alifdnsh yang berkongsi pengalaman menemukan kad pengenalan milik seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi satu hantaran di Threads, @alifdnsh berkata dia singgah di sebuah pasar mini untuk membeli barangan rumah ketika waktu rehat pada Isnin.

Namun, sebaik tiba di pasar mini berkenaan, dia mendapati premis itu tutup sebelum menyedari ada sekeping kad pengenalan tercicir berhampiran kawasan tersebut.

Ketika meneliti kad pengenalan itu, dia mendapati pemiliknya baru berusia 17 tahun, sekali gus teringat bahawa peperiksaan SPM bermula pada hari berkenaan.

"Tadi masa lunch break, aku pergi Speedmart area Taman Wawasan, Puchong. Niat asal nak beli sardin tin je. Sekali sampai, Speedmart tu tutup rupanya.

"Dah lah tak dapat beli sardin, tapi tak sangka pula terjumpa sesuatu yang mungkin sangat penting untuk seseorang hari ni. Ada satu IC tercicir dekat tepi longkang.

"Bila tengok nombor IC, rupanya pemilik baru berusia 17 tahun. Terus aku teringat… Eh, bukan hari ni first day SPM ke?" katanya.

Lelaki Jumpa IC Calon SPM

Menyedari kad pengenalan itu mungkin diperlukan untuk menduduki peperiksaan, @alifdnsh segera mencari sekolah menengah berhampiran untuk menyerahkannya.

Dia kemudian menyerahkan kad pengenalan berkenaan kepada guru bertugas dengan harapan pemiliknya merupakan pelajar sekolah tersebut.

"Kalau betul adik ni calon SPM, mesti tengah kelam-kabut cari IC dia. Lagi-lagi nak masuk dewan peperiksaan. Aku pun cepat-cepat pergi ke SMK yang paling dekat dan serahkan IC tu kepada guru bertugas.

"Aku tak tahu sama ada adik tu bersekolah dekat situ atau tak, tapi aku betul-betul berharap IC tu sampai kepada pemiliknya. Lagi penting, harap dia dapat duduki SPM dengan tenang.

"Bayangkan kalau adik tu tengah panik cari IC, sedangkan IC dia ada dekat tepi longkang," ujarnya.

Baca juga:

Tidak lama selepas itu, ruangan komen hantaran berkenaan menerima respons daripada individu yang mengesahkan pemilik kad pengenalan tersebut merupakan pelajar sekolah berkenaan.

Menurut @dearlyasyh, pemilik kad pengenalan itu ialah rakan sekelasnya yang dipanggil oleh guru untuk mengambil semula dokumen berkenaan.

"Alhamdulillah terima kasih bang, tu IC classmate saya. Kami heran sebenarnya kenapa dia dipanggil kehadapan sewaktu rehat tengahari sebelum kertas 2.

"Terimaa kasihh banyakk bangg!! Abangg terbaikkkk!! Sejukk hatii saya bacaaa," katanya.

Image from: “Alhamdulillah Sempat...” Lelaki Jumpa IC Calon SPM, Syukur Berjaya Dipulangkan Sebelum Peperiksaan Bermula

Malah, seorang lagi pengguna Threads, @user29585939567 turut mengesahkan bahawa kad pengenalan tersebut sudah berjaya dikembalikan kepada pemiliknya.

"BTW, owner IC tu dah dapat balik IC dia, cikgu panggil time dah nak start paper 2," katanya.

Image from: “Alhamdulillah Sempat...” Lelaki Jumpa IC Calon SPM, Syukur Berjaya Dipulangkan Sebelum Peperiksaan Bermula

Mengetahui kad pengenalan itu sudah kembali ke tangan pemiliknya, @alifdnsh turut meluahkan rasa syukur kerana dokumen berkenaan sempat diserahkan sebelum peperiksaan bermula.

"Alhamdulillah sempat dapat sebelum paper start. Goodluck ye korang jawab SPM! All the best!!" katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved