Alibaba Memfailkan Saman Atas Kerajaan Amerika Syarikat

WorldBusiness & Finance
24 Jun 2026 • 5:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Alibaba kini memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat, kerana menyenaraikan syarikat mereka dibawah senarai syarikat disenarai-hitam kerana dikatakan berkait dengan ketenteraan China. Alibaba memfailkan saman dalam usaha untuk pihak berkuasa Amerika membuang nama mereka daripada senarai tersebut.

Alibaba

Alibaba menyatakan tiada sebarang perkaitan dan fakta mengatakan mereka berkait, selain melanggar kebebasan Alibaba. Buat masa ini, Alibaba hanya disenarai hitam dibawah Jabatan Pertahanan Amerika, membuatkan jabatan berkenaan tidak boleh berurusan dengan Alibaba. Ini adalah senarai yang berbeza dengan beberapa syarikat China lain yang dikenakan sebelum ini, seperti Huawei.

Alibaba turut menyatakan mereka telah memberikan bukti mereka tidak terlibat dengan ketenteraan China, tetapi agensi pihak berkuasa Amerika tidak memberikan sebarang balasan. Alibaba turut menekankan mereka membangunkan platform untuk edagang dan juga perkomputeran awam, dan bukannya untuk tujuan ketenteraan atau persenjataan.

Sebelum ini, kerajaan Amerika turut melabelkan Xiaomi sebagai “syarikat tentera komunis China”. Xiaomi turut tidak bersetuju terhadap perkara berkenaan dan menyaman kerajaan Amerika, dan seterusnya mencapai persetujuan yang membuatkan Amerika membuang Xiaomi daripada senarai hitam berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved