Alibaba Mengambil Pegangan Pada Zelos – Syarikat Pembangun Robovan Untuk Logistik

TechnologyBusiness & Finance
29 Jan 2026 • 9:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan ini, kita sedia melihat penawaran robovan untuk penghantaran barangan diperlihatkan oleh Pos Malaysia, menggunakan teknologi Zelos. Syarikat berkenaan sedia mengoperasikan leboih 15,000 kenderaan robo untuk tujuan logistik dan penghantaran, dan merupakan antara peneraju dalam arena robovan.

image is not available

Terbaru, Zelos mengumumkan bahagian logistik Alibaba, iaitu Cainiao akan mengambil pegangan pada syarikat berkenaan, membentuk perniagaan bernilai sekitar $2 bilion.

Cainiao turut akan mengabungkan bahagian pemanduan autonomi memfokuskan logistik ke Zelostech, dan membuatkan Zelostech mengoperasikan bahagian robovan secara menyeluruh.

Langkah ini juga secara tidak langsung meneruskan Cainiao sebagai peneraju dalam arena logistik, termasuk menggunakan pelbagai teknologi terkini dalam memastikan barangan dihantar dan diterima dengan efisien.