Alibaba Mengharamkan Pekerja Menggunakan Claude Code

WorldTechnology
3 Jul 2026 • 8:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Alibaba Mengharamkan Pekerja Menggunakan Claude Code

Alibaba kini dilaporkan telah mengeluarkan notis untuk pekerja dan mengharamkan mereka daripada menggunakan Claude Code. Pengharaman ini hadir selepas sebelum ini Anthropic menuduh Alibaba menggunakan Claude AI dalam membangunkan penawaran mereka sendiri.

Image from: Alibaba Mengharamkan Pekerja Menggunakan Claude Code

Selain itu, Claude Code juga kebelakangan ini telah mula meminta sejumlah pengguna melakukan pengesahan identiti – yang dilihat tidak begitu baik untuk pengguna di China. Beberapa hari lepas juga, ia didapati yang mana Claude Code mempunyai mekanisma yang menyertakan pengenal untuk setiap prom yang dihantar ke pelayan Anthropic.

Sebagai ganti untuk Claude Code, para pekerja Alibaba digalakkan dalam menggunakan penawaran mereka tersendiri, dinamakan Qoder.

Di China, pelbagai syarikat juga turut telah mula menekankan dan memfokuskan kepada model-model tempatan yang dilihat lebih dioptimasikan dan berharga rendah, termasuk seperti DeepSeek, Moonshot, dan penawaran Alibaba sendiri dinamakan Qwen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved