TikTok Live Kena Gantung, Ammar Nazhan Tak Serik Tayang Siaran Langsung Piala Dunia Di Akaun Lain – “Buat-Buat Pegang ‘Game Controller’..”

3 Jul 2026 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh Ammar Nazhan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila didakwa meneruskan siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di media sosial menggunakan akaun lain.

Perkara itu didedahkan menerusi satu hantaran di Threads yang mendakwa Ammar masih membuat siaran langsung walaupun sebelum ini telah dikenakan sekatan selama tujuh hari daripada menggunakan fungsi tersebut di TikTok.

Advertisement

ammar nazhan

“Ammar Nazhan live FIFA dekat akaun sini pula. Live Spain menentang Austria.”

“Boleh ke? Tangan dia pegang controller konon main PS5,” kongsi individu tersebut.

Perkongsian itu sekali lagi mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mengikuti perkembangan isu berkenaan.

Terdahulu, Ammar menerima kecaman selepas tangkap layar siaran langsung TikTok miliknya memaparkan rakaman semula perlawanan Piala Dunia FIFA tanpa kebenaran.

Tindakannya itu didakwa mencabuli hak cipta penyiaran milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia.

Susulan kontroversi tersebut, Ammar tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Malah, Ammar turut memaklumkan bahawa akaun TikTok miliknya telah disekat daripada membuat siaran langsung selama tujuh hari susulan isu hak cipta berkaitan penyiaran perlawanan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: TikTok Live Kena Gantung, Ammar Nazhan Tak Serik Tayang Siaran Langsung Piala Dunia Di Akaun Lain – “Buat-Buat Pegang ‘Game Controller’..”2026-07-02 10:21:22

Tak 'Makan Saman' Masih Siar Piala Dunia, Live TikTok Ammar Nazhan Digantung Tujuh Hari

The post TikTok Live Kena Gantung, Ammar Nazhan Tak Serik Tayang Siaran Langsung Piala Dunia Di Akaun Lain – “Buat-Buat Pegang ‘Game Controller’..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved