SpaceX Memperlihatkan Prototaip Peranti AI Kepada Pelabur

TechnologyStartup
2 Jul 2026 • 5:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SpaceX sedang membangunkan sebuah peranti kecerdasan buatan fizikal dengan ia telah diperlihatkan kepada beberapa pelabur sebelum penawaran IPO dua minggu lalu. Projek ini masih di peringkat awal dengan laporan Wall Street Journal mengatakan ia kelihatan seperti telefon pintar, menggunakan cip Snapdragon, sistem operasi tersendiri dan lebih nipis berbanding sebuah iPhone.

Sejurus selepas laporan ini tular, Elon Musk menafikannya dan mengatakan ia adalah palsu. Musk sebelum ini mengatakan beliau hanya berminat membina telefon pintar sendiri sekiranya aplikasi X dibuang daripada stor aplikasi utama.

Image from: SpaceX Memperlihatkan Prototaip Peranti AI Kepada Pelabur

Sebelum ini Elon Musk mengatakan xAI yang kemudiannya diambil alih oleh SpaceX tidak berminat membina sebuah telefon pintar. Perkakasan AI fizikal setakat ini hanya disahkan dibina oleh OpenAI dengan ura-ura ia bukan telefon sebaliknya lebih mirip sebuah kalung pintar.

Dua percubaan awal oleh Humane AI Pin dan Rabbit R1 menemui kegagalan kerana teknologi belum cukup matang serta model AI yang digunakan tidak mempunyai kemampuan yang baik semasa dilancarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved