Alif Hadi Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Fasa Healing - “Hubungan Baik, Kalau Tiada Jodoh Pun Buat Apa Nak Masam Muka”

14 Oct 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Alif Hadi mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres Yasmin Hani terlerai sejak dua bulan lalu.


Anggap tiada jodoh


"Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos.
 
"Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab perkara ini bukan hal yang elok untuk diuar-uarkan.





Hubungan baik, tak perlu masam muka


"Saya kalau boleh tak mahu meletakkan kesalahan ada mana-mana pihak, perpisahan ini keputusan bersama.
 
"Kami masih berhubung, kadang-kadang anak-anaknya ada hubungi dengan panggilan video saya sebab rindu.





Perlu move on 


"Sejujurnya memang ada rasa sedih sebab kami sudah bercinta selama tiga tahun, namun pada masa sama tak mahu buang masa dan perlu 'move on'.
 
"Tuhan Maha Perancang, satu nikmat diambil dan pasti akan diganti dengan perkara lebih manis lagi.



Fasa healing




"Ketika ini lebih kurang fasa 'healing', saya memang teruskan hidup macam biasa. Pada awalnya memang rasa sangat sedih tetapi saya beri fokus utama pada diri sendiri dan kerja yang setakat ini tak berhenti.