Pemenang ABPBH36 Dedah Sudah Berpisah Dengan Pelakon Wanita Selepas 3 Tahun Bercinta

EntertainmentLifestyle
14 Oct 2024 • 11:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
alif hadi

Pemenang Anugerah Aktor Pembantu Filem Popular (ABPBH36), Alif Hadi mengesahkan hubungan percintaan beliau dengan pelakon wanita berusia 45 tahun, Yasmin Hani sudah berakhir dua bulan lepas.

Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos. Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab tak elok untuk diuar-uarkan.

Tapi kalau sudah tiba waktunya orang tahu, akan tetap diketahui juga.

Menurut Alif keputusan untuk berpisah atas persetujuan bersama dan hubungan beliau bersama Yasmin masih baik.

image is not available

Perpisahan ini keputusan bersama. Kami masih berhubung, kadang-kadang anak-ananya ada hubungi menerusi panggilan video apabila mereka rindu.

Mereka kata nak jumpa, lepas ABPBH ini, mungkin akan cari masa untuk bertemu dengan mereka. Hubungan saya dengan Yasmin pun mash baik, tidak bergaduh pun.

Selain itu, Alif juga mengakui bahawa beliau merasa sedih kerana mereka berdua sudah menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun.

Apa-apa pun kita doakan Alif dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan fokus pada kerjaya seni.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar