Aliff Aziz pelakon bagus, dia layak diberi peluang – Eyra Rahman

Entertainment
7 Aug 2026 • 1:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aliff Aziz pelakon bagus, dia layak diberi peluang – Eyra Rahman

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Madu Atau Racun, Eyra Rahman, menyifatkan selebriti, Aliff Aziz seorang pelakon hebat walaupun sering dikaitkan dengan episod kontroversi sebelum ini.

Bagi Eyra, sebagai pengarah, dia akan menilai seseorang bedasarkan kualiti kerja dan disiplin di set penggambaran tanpa menghakimi kisah peribadi seseorang artis.

“Bagi saya, Aliff Aziz adalah pelakon yang sangat bagus. Kenapa saya okey bekerja dengan dia? Sebab pada saya, dia layak untuk menerima peluang.

“Walaupun kita tahu ada pihak yang suka atau tidak, itu di luar kawalan saya. Namun, sepanjang bekerja, dia sangat berdisiplin dan memberikan apa yang saya mahukan sebagai pengarah. Dia memang ‘perform’,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia  di sidang media drama Madu Atau Racun, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, tambah Eyra, dia enggan bakat Aliff terus sia-sia hanya kerana terpalit dengan isu peribadi yang meruntuhkan kerjayanya sebagai anak seni.

Jelas Eyra, dia sempat menitipkan pesanan kepada penyanyi Sayang Sayang itu agar sentiasa menghargai peluang yang diterimanya.

“Habis sahaja penggambaran, saya beritahu dia yang saya sangat bangga dengan hasil kerjanya.

“Saya pesan kepadanya, gunakan bakat yang Allah sudah bagi ini dan jagalah ia betul-betul. Saya percaya akan ada banyak peluang lagi selepas ini jika dia terus fokus.

“Kalau saya ‘pitching job’ saya akan letak nama dia. Ada projek terbaharu yang saya buat, saya letak nama dia. Peluang ini antara kita nak beri atau tidak sahaja. Dia bagus, sebab itu saya beri peluang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Eyra berkata ia mempunyai pendirian tegas tidak mencampurkan urusan kerja dengan kemelut peribadi pelakon, termasuklah pelakon Uqasha Senrose yang turut terlibat dalam projeknya.

Ketika penggambaran Disember lalu, Uqasya ketika itu sedang berhadapan kemelut rumahtangga bersama pelakon, Kamal Adli sebelum bercerai pada 11 Januari lalu.

“Aliff dan Uqasha masing-masing sudah bekerja dua kali dengan saya. Saya hanya dengar cerita-cerita mengenai mereka atau terbaca di mana-mana tapi tidak pernah ambil tahu.

“Macam Uqasya, saya juga baik dengan Kamal Adli. Engkau datang kerja dengan aku, kita bekerja secara profesional sebagai anak seni. Itu sahaja.

“Aku tak mahu tahu dan tak mahu dengar pun kalau kau nak cerita hal rumah tangga. Kami tidak ada duduk lepak untuk bergosip pasal hal peribadi,” tegasnya.

Drama Madu Atau Racun mengisahkan Azura, suri rumah yang hidupnya musnah apabila suaminya, Adli, berkahwin lain dengan Nikita atas alasan zuriat. Nikita rupa-rupanya musuh lama sekolah Azura yang ingin membalas dendam. Apabila Adli asyik menindas, kedua-dua madu ini terpaksa memilih untuk bekerjasama melawan musuh sebenar.

Drama ini ditayangkan bermula 14 Ogos 2026 di platform iQIYI Malaysia. -UTUSAN

The post Aliff Aziz pelakon bagus, dia layak diberi peluang – Eyra Rahman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved