
PETALING JAYA: Pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa kesal dengan tindakan seseorang individu yang didakwa telah menganiayanya.
Menerusi sebuah hantaran di Threads, Uyaina menegaskan dia tidak pernah melupakan segala kebaikan mahupun keburukan yang dilaluinya sepanjang hidup.
“Saya tidak akan pernah lupa siapa yang membantu saya di saat saya susah. Dan siapa yang biar saya ‘lemas’ di saat saya kesusahan,” katanya.
Dalam hantaran sama, pengacara itu juga percaya setiap tindakan yang dilakukan terhadap sesama manusia akan dibalas setimpal pada tepat waktunya.
“Hidup adalah kitaran. Awak buat jahat terhadap orang, jahat juga yang awak akan terima. Masa yang akan menentukan bila balasan awak akan terima. Cepat atau lambat je. Alhamdullilahh. Tidak mengapa,” tulisnya.
Bagaimanapun, Uyaina tidak menjelaskan secara terperinci mengenai penganiayaan yang dilaluinya serta merahsiakan identiti individu yang dimaksudkan itu.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai reaksi dari netizen, malah ada juga tampil memberikan kata-kata semangat buatnya.
“Kata-kata yang penuh hikmah. Sayang awak, kakakku. Insya-Allah, di hujung setiap terowong sentiasa ada banyak cahaya yang menanti buat mereka yang ikhlas. Amin,” komen Aisha Retno.
“Setuju. Kita buat baik sebab Allah, bukan sebab manusia,” komen seorang netizen.
The post Tidak mengapa, awak buat jahat terhadap orang, jahat juga yang awak akan terima – Uyaina Arshad appeared first on Utusan Malaysia.





