Aliff Mohamad Awi buru tiket ke LA28

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Aliff Mohamad Awi buru tiket ke LA28

Atlet lontar peluru para negara, Aliff Mohamad Awi, menyasarkan untuk layak ke Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 selepas ini.

Meskipun gagal mempertahan pingat perak yang diraihnya dalam temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 selepas hanya sekadar meraih gangsa di Aichi-Nagoya, tumpuan Aliff kini beralih kepada kebangkitan menjelang ke Kejohanan Olahraga Para Dunia 2027 di Uzbekistan.

Ia diikuti sasaran jelas untuk mencapai jarak lontaran minimum pada tahun hadapan jika ingin mengejar slot ke Los Angeles pada 2028 nanti, lebih-lebih lagi kerana Aliff disebut-sebut sebagai pengganti jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli.

"Untuk ke LA28 tahun ini saya sudah sasarkan untuk ke sana, saya akan cuba memperbaiki, Langkah demi langkah, saya hanya minta saya layak ke Kejohanan Olahraga Para Dunia tahun depan di Uzbekistan.

"Untuk pingat di LA28 saya perlu bersaing sehabis baik sekurang-kurangnya 17m baru boleh lawan untuk pingat, tetapi untuk layak mungkin saya perlukan 15m ke 16m, kemudian saya boleh layak ke LA28." katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved