“Kita Semua Tahu Siti Boleh Beli Beg Lagi Mahal Tapi Dia Pilih Untuk Beli Daripada Usahawan Bumiputera” – Aliff Syukri

LocalWomen's Fashion
23 Jul 2025 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa gembira dan teruja selepas Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli beberapa unit beg jenamanya melalui siaran langsung di platform TikTok.

Gembira TokTi ‘support’ jenama tempatan

Kata Aliff, pada awalnya dia sama sekali tidak mempercayai perkara tersebut benar-benar dibeli oleh Siti, tetapi selepas menyemak transaksi pembayaran, dia sangat teruja dengan sokongan yang diterima.

Siti antara individu yang kerap masuk live saya di TikTok. Saya macam tak percaya apabila pengikut beritahu TokTi beli beg saya.

Mampu beli beg lagi mahal

Dalam pada masa yang sama, Aliff turut menyifatkan tindakan Siti menyokong produk keluarannya sebagai satu penghormatan terhadap usahawan tempatan seperti dia.

Siapa sangka orang seperti beliau pun boleh sokong saya. Kita semua tahu beliau boleh saja beli beg yang lebih mahal harganya. Tapi pilih untuk beli daripada usahawan bumiputera macam saya.

Sebelum ini, tular reaksi teruja Aliff Syukri selepas mendapati TokTi membeli beg tangan jenamanya.

image is not available 2025-07-14 14:21:09

"Masa Tu Dah Terbayang Muka Athira" - Noh Salleh 'Menangis' Gara-Gara Latihan Muay Thai, Terinspirasi Dari Siti Nurhaliza