Aliff Syukri Berang Diva AA Pijak Beg – “Aku Tak Maafkan, Sampai Mati Aku Cari!”

EntertainmentLifestyle
30 Jul 2025 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Diva AA yang memijak beg jenamanya.

Menurut Aliff, perbuatan itu dianggap tidak wajar dan sekiranya ada rasa tidak puas hati, lebih baik disuarakan secara berdepan. Katanya,

Saya bukan scammer, kalau tak suka, boleh bersemuka, bukan pijak barang saya.

 

Meskipun marah, Aliff enggan membawa isu itu ke mahkamah kerana merasakan tiada faedah menyaman individu yang menurutnya tiada kemampuan kewangan.

Aku tak maafkan, tapi aku tak nak saman. Sakit aku tengok dia pijak.

Dalam masa sama, Aliff turut berkongsi keadaan kesihatannya yang kurang baik sejak kebelakangan ini. Dia mendedahkan mengalami gejala badan menggeletar, sukar bangun tidur dan muncul tompok merah, hingga terpaksa mendapatkan rawatan serta suntikan di klinik.

image is not available 2025-07-29 14:49:45

Dikecam Marah Anak Ketika Live, Aliff Syukri Perjelas Niat Sebenar – “Kita Sama-Sama Cari Duit”