“Sebelum Aku Maki Hamun, Pergi! Kalau Tak Ikhlas Tak Payah!” – Aliff Syukri Marah Anak Mengadu Letih Buat ‘Live’, Cetus Pelbagai Pendapat

LocalFamily & Parenting
28 Jul 2025 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video memaparkan usahawab terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sedang memarahi dua anaknya ketika siaran langsung telah mengundang perhatian ramai.

Difahamkan, Aliff bercakap dengan nada tegas dipercayai kerana anaknya mengadu penat membuat siaran langsung dan terus berkata dia tidak pernah meminta mereka ‘bekerja’ sehingga jam 12 tengah malam.

Kata Aliff ketika siaran langsung itu, dia bangun seawal 5 pagi sehingga tengah malam untuk bekerja dan mempromosikan produk-produk dijualnya.

Anak abah penat, abah kata naik lah dulu.Abah pukul 5 pagi dah bangun live, siang malam pagi petang buat live.

image is not available

 

Lebih baik live seorang

Ketika sedang bercakap di depan kamera, Aliff yang perasan Ammar Ahyan kelihatan letih terus menyuruhnya naik ke bilik untuk berehat.

Jangan nampak sangat penat tu Ammar Ahyan. Biar abah buat sorang sorang. Korang berdua tak payah buat live. Korang naik atas sekarang, sebelum abah maki hamun pergi naik atas. Biar aku sorang sorang.

Usahawan itu kemudian berpesan kepada dua anaknya untuk serius apabila berada di depan kamera dan turut menegaskan dia lebih rela bekerja seorang diri daripada anak-anaknya mengadu sebegitu.

Aku malas cakap lebih lebih. Kalau macam macam ni baik tak payah ada. Aku boleh je live sorang. Hidup lagi aku kat sini.

Kalau tak ikhlas tak payah. Mercedes pandai minta, Cartier pandai minta.

@dherbs.official Abah tahu timing anak nak live abah pun penat live hari hari #titkokviral #trending #ammar #aliffsyukri #foruyou ♬ bunyi asal – D’herbs Official

 

Netizen berbalas pendapat

Hantaran itu meraih perhatian dan mencetuskan pelbagai pendapat berbeza di mana ada yang bersetuju dengan cara Aliff yang tegas dan mengajar anak untuk mencari duit dari usia muda.

Namun, sestengah netizen berpendapat dia tidak patut memarahi anak-anaknya ketika siaran langsung di depan ribuan orang.

Anak pun ada aib juga, kawan kawan anak tengok malu mereka. Nak marah pun janganla dalam live.

image is not available

image is not available image is not available

 

image is not available 2025-07-27 10:34:25

"Saya Tahu Mesti Ramai Benci Saya Sebab Selalu Menjerit Tapi.." - Aliff Syukri