Aliff Syukri beri hint lagu raya bakal keluar, netizen mula gusar minta fokus jual jeruk

EntertainmentMusic
6 Feb 2025 • 5:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aliff Syukri beri hint

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri beri hint lagu raya nyanyiannya bakal keluar tidak lama lagi susulan memuat naik video sewaktu sedang berada di studio rakaman.

Menerusi TikTok Aliff Syukri, dia telah meminta orang ramai untuk menantikan lagu raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bagi menghiasi Aidilfitri nanti.

@papalarisofficial

Lagu raya papa is on the way zayaangg, siapa yang dah tak saba?

♬ original sound - Aliff Syukri Kamarzaman - Aliff Syukri Kamarzaman

Aliff Syukri beri hint lagu raya on the way!

Dalam video tersebut, dapat dilihat yang usahawan berkenaan sedang bersungguh-sungguh merakamkan lagu raya barunya sambil dipantau oleh pihak studio rakaman.

Lebih membuatkan pemilik nama sebenar, Aliff Syukri Kamarzaman terharu apabila dipuji sebagai penyanyi nombor satu Malaysia serta mempunyai suara yang bagus.

image is not available

Aliff Syukri beri hint rakam lagu baru, mahu keluarkan bakat yang ada

Dia yang gembira dengan pujian ini menyatakan hanya mahu menampilkan bakat sedia ada dimana mempunyai suara yang merdu serta layak untuk mengeluarkan lagu sendiri.

image is not available

Tolong bekalkan mangga ke Dato!

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dimana rata-rata mulai gusar andai kata Aliff Syukri meneruskan hasratnya untuk mengeluarkan lagu raya berkenaan.

Mereka juga meminta supaya usahawan itu memberi fokus terhadap perniagaan jeruk mangganya sahaja kerana dilihat lebih menguntungkan termasuklah perniagaan kurma yang sedang dimulainya bersempena Ramadan tidak lama lagi.

image is not available

Jom order jeruk banyak2, biar dia tiada masa nyanyi

image is not available

Tolong la naikkan sales jeruk mangga & petai dia

image is not available

Jeruk mangga Dato lagi sedap dari suara?

image is not available

 

Terdahulu, anak perempuannya, Qadejah El Zahra dan beberapa pempengaruh seusianya telah merakamkan lagu raya untuk dilancarkan pada Aidilfitri nanti.

Potongan video sewaktu dia merakamkan lagu tersebut telah tular dan beberapa lirik lagu berkenaan mulai bermain di fikiran sesetengah netizen media sosial.

Sumber: TikTok papalarisofficial