Ikut Jejak Langkah Bapa, Anak Aliff Syukri Pula Nak Keluarkan Lagu Raya? – “Nantikan Sedap Ke Tak”

LocalEntertainment
6 Feb 2025 • 10:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sebelum ini usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sering menjadi perhatian ramai apabila tibanya bulan Ramadan kerana akan sibuk merakam lagu raya untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Siapa sangka jejak langkahnya itu akan diikuti oleh anak perempuannya iaitu Qadejah.

Dapat dilihat dalam akaun TikTok isteri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida, dia memuat naik satu video memaparkan Khadijah berada di dalam bilik rakaman bersama tiga lagi individu lain, di mana salah seorangnya adalah anak Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sangka Qadejah akan ‘seberani’ itu untuk mengeluarkan lagu raya dan berkata barangkali mahu mengikut jejak langkah Aliff Syukri mengeluarkan lagu raya.

image is not available

image is not available

image is not available 10 months ago

"Kenapa Dia Tak Boleh Ditangkap Mempersendakan Agama?" - Netizen Gesa Aliff Syukri Dikenakan Hukuman Lebih Berat