“Kami Budak Gen Z” – Anak Aliff Syukri Buat Lagu Raya, Ada Cik B Lagi!

Entertainment
6 Feb 2025 • 4:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak lama lagi, umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri, di Malaysia seperti tidak lengkap jika tiada lagu raya untuk memeriahkan perayaan itu.

Beberapa tahun kebelakangan ini, usahawan kosmetik Datuk Alif Syukri mengeluarkan lagu raya meski mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, namun tahun ini anaknya, Qadeejah pula meneruskan ‘legasi’ tersebut.

Menerusi perkongsian Datin Shahida di laman TikTok miliknya, anak perempuannya itu bakal mengeluarkan lagu raya bersama anak usahawan kosmetik, Cik B, Alyssa Dezek serta anak kepada pengarah Aziz M Osman, Ara Aziz.

@shahidadherbs2

Qadejah nak keluarkan lagu raya guys. Nantikan sedap ke tak

♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Dalam perkongsian itu, Datin Shahida berkata dia amat risau jika suaminya mengeluarkan lagu raya tahun ini tetapi dia menyokong anaknya dan rakan-rakan untuk mengeluarkan lagu untuk perayaan tersebut.

Teaser bagi lagu tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, ada yang merasakan lagu tersebut agak cringe namun ada juga yang tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut.

image is not available

Hmm, agak-agak best tak lagu ni?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.