Aliff Syukri dipuji ‘humble’, tak kisah duduk meja biasa di majlis kahwin pekerja

27 May 2025 • 3:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aliff Syukri dipuji

Usahawan sensasi, Aliff Syukri dipuji humble apabila dia dan keluarga langsung tidak kekok duduk di meja tetamu biasa tanpa layanan istimewa sewaktu menghadiri majlis perkahwinan pekerjanya.

Aliff Syukri dipuji ‘humble’ datang kenduri pekerja

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok dherb.official, Aliff Syukri atau nama sebenarnya, Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dilihat bersama isteri, Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid serta anak-anak makan di satu meja yang sama.

Aliff Syukri dipuji, isteri & anak-anak pun sempoi sahaja

Dalam hantaran tersebut, dia menyatakan menghadiri majlis perkahwinan tersebut disebabkan jemputan daripada pekerjanya yang mendirikan rumah tangga.

Mereka juga mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan dan mendoakan agar perkahwinan mereka bahagia hingga ke jannah.

“Sebabkan staff kami kahwin. kami Datang makan-makan. Semoga berkekalan hingga ke Jannah,” tulisnya.

Jom sokong perniagaan Dato’

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila memuji keluarga usahawan berkenaan kerana langsung tidak memilih dan santai sahaja duduk di bawah khemah tanpa layanan vvip.

Susulan daripada itu, ramai yang menyatakan mahu menyokong perniagaan Aliff Syukri kerana sikap ‘humble’ yang ditunjukkan.

image is not available

Nak makan pun ambil sendiri

image is not available

Suka tengok keluarga Aliff Syukri

image is not available

Bagus pergi mana-mana anak-anak pun ikut

image is not available

Terdahulu, usahawan berusia 38 tahun itu telah menerima Anugerah Ikon Usahawan pada Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025.

Beliau juga merupakan individu yang diiktiraf sebagai antara penyumbang zakat tertinggi pada setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Sumber: TikTok dherb.official