Aliff Syukri hadiahkan anak Rolex bertatahkan berlian -“Semoga Ammar ingat usaha abah”

29 Dec 2025 • 10:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah menghadiahkan Rolex pertama buat anak sulungnya, Ammar Ahyan sewaktu mereka sedang bercuti di luar negara.

Aliff Syukri hadiahkan Rolex buat anak

Menerusi hantaran yang dikongsikan Aliff, dia memaklumkan bahawa jam tangan berjenama mewah itu bertatahkan berlian dan sudah dicari di beberapa butik di London.

“Rolex pertama Ammar bertatahkan berlian…
“Papa dah ronda London dan lebih tiga hingga empat kedai semua tak ada stok. Kedai ni sahaja ada stok,” tulisnya dalam salah satu hantaran di Instagram.

image is not available

Sebagai tanda usaha untuk anak tersayang

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut menyatakan bahawa hadiah tersebut adalah salah satu usahanya untuk anak tersayang.

Dia juga menafikan hadiah tersebut sebagai satu bentuk pembaziran kerana ia mempunyai nilai yang cukup mahal pada masa akan datang

“Semoga Ammar ingat usaha abah untuk Ammar bila besar nanti.
“Ramai orang ingat bila papa belikan jam ni membazir, hakikatnya jam ni naik value,” tulisnya lagi.

image is not available

Dapat dilihat kegembiraan di wajah Ammar Ahyan dan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada bapanya selepas menerima hadiah yang cukup bernilai itu walaupun baru sahaja menerima kereta jenis Porsche selepas memperoleh lesen memandu.

image is not available

Artikel lain: Rezeki anak soleh! Aliff Syukri & Shahida hadiahkan kereta mewah Porsche buat anak sulung

Sebelum ini, Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida telah menghadiahkan Ammar Ahyan Porsche bagi memudahkan urusan anaknya berulang alik ke kolej sekitar Oktober lalu.

Ujar pasangan usahawan tersebut, mereka sememangnya sudah lama berhasrat membelikan Ammar kereta jenama mewah berkenaan selepas sia memperoleh lesen memandu pada usia 18 tahun.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris