Aliff Syukri minta RM15,000 dipulangkan, sedih lagu raya kena ‘sondol’ artis sendu

Music
13 Mar 2024 • 5:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri minta RM15,000 dipulangkan susulan lagu raya yang sepatutnya dinyanyikan telah diberi kepada orang lain.

Duit diberi, lagu tak dapat

Menerusi video yang dikongsi usahawan terbabit, dia menyatakan yang lagu raya yang sepatutnya keluar pada tahun ini sudah diberikan kepada artis sendu oleh komposer yang telah dibayarnya.

Aliff Syukri minta RM15,000 dipulangkan, ralat orang tak percaya bakatnya

Walaupun reda dengan apa yang berlaku, namun dia meminta agar RM15,000 yang sudah diberikan dipulangkan semula memandangkan lagu terbabit tidak dapat kepadanya.

Dia yang menangis dan meluahkan rasa ralat percaya bahawa dirinya mempunyai bakat serta aura sebagai seorang penyanyi sehingga artis sendu yang dimaksudkan tidak mampu menyaingi suaranya.

image is not available

Aliff Syukri minta RM15,000 dipulangkan, lagu raya tiada tahun ini

Seperti semalam, dia sekali lagi memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat mengeluarkan lagu raya seperti saban tahun kerana masalah tersebut serta kesuntukan masa.

Jadi dia berharap agar para peminat dapat memaafkannya memandangkan dirinya telah diperlakukan sebegitu oleh komposer terbabit.

image is not available

Terdahulu, Aliff Syukri telah memuat naik perkongsian di media sosial dengan memohon maaf kerana tahun ini tidak dapat mengeluarkan lagu raya kerana komposer yang dibayarnya telah menyerahkan lagu itu kepada orang lain.

Dia yang kecewa dengan industri muzik Tanah Air mengatakan akan keluar negara kerana bakatnya lebih dihargai disana.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris