“Malaysia tak hargai bakat saya” – Aliff Syukri Mohon Maaf Tiada Lagu Raya Tahun Ini

Entertainment
13 Mar 2024 • 10:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama usahawan Aliff Syukri tidak asing lagi di Malaysia kerana selalu terpalit dengan pelbagai kontroversi. Dia juga pernah menerbitkan beberapa lagu raya yang mendapat kecaman netizen.

Sebelum ini, Aliff Syukri pernah bersuara mengenai dirinya kena reject dengan komposer terkenal, Amy Ukays yang tidak mahu menghasilkan lagu raya untuknya. Bagaimanapun, Aliff Syukri tetap yakin ada komposer lain yang mahu bekerjasama dengannya.

image is not available
Sumber: youtube

“Maafkan saya awak”

Terbaharu, Aliff Syukri memohon maaf kepada umum kerana tahun ini dia tidak dapat ‘menghadiahkan’ lagu raya buat peminat-peminatnya. Menerusi hantaran di Instagram, Aliff Syukri mengatakan komposer lagu rayanya telah memberikan lirik lagu tersebut kepada penyanyi lain.

Maafkan saya awak. Komposer saya buat taik. Curi lirik lagu saya kasi kat artis lain. Maaf semua sebab saya kecewakan korang. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ni semua.

Dia juga meminta maaf kerana rakyat Malaysia mungkin akan kemurungan kerana tidak dapat mendengar lagu raya daripadanya tahun ini.

Maaf rakyat Malaysia. Anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini..

Industri muzik Malaysia tak hargai bakat Aliff Syukri?

Bagaimanapun, Aliff Syukri mendakwa industri muzik Malaysia tidak menghargai penyanyi sepertinya, jadi dia terfikir mahu meluaskan bakatnya ke luar negara.

Sebab saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya. Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya ke luar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

 

Hantaran usahawan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai antara mereka turut meluahkan rasa sedih kerana tahun ini tiada lagu raya yang menghiburkan daripada Aliff Syukri.

image is not available image is not available

Hmm.. min harap Dato’ buat comeback lagu raya untuk tahun depan..

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.