‘Lagu raya kena sondol artis sendu’ – Aliff Syukri desak komposer pulangkan RM15,000

Music
13 Mar 2024 • 10:55 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Usahawan Aliff Syukri mendesak komposer yang sepatutnya mencipta lagu raya untuk beliau, tampil memulangkan semula bayaran sebanyak RM15,000.

Melalui hantaran di akaun Instagram hari ini, Aliff turut meluahkan rasa kesal tidak dapat mengeluarkan lagu raya pada tahun ini, sedangkan dia mempunyai bakat terpendam.

“Aku reda, boleh pula dia (komposer) rakam lagu tu dan siap buat video clip?? Apa ni? Apa ni?

“Tak sangka dalam dunia ini, kita buat baik dengan orang. Tetapi orang buat jahat dengan kita.

“Bukan setakat orang kena sondol, lagu saya pun kena sondol tau dengan artis sendu. Saya bayar RM15,000, tapi dia boleh beri kat artis lain.

“Saya percaya saya ada aura dan bakat. Walaupun lagu saya kena rampas dengan orang, dia tak mampu melawan suara saya.

“Insha-Allah tahun depan ada lagu saya akan usahakan. Tahun ini mungkin tak sempat nak buat sebab terlalu rushing. Allah Maha Mengetahui, maafkan saya,” katanya.

Aliff turut menegaskan bahawa dakwaan itu bukan gimik murahan atau content seperti yang didakwa sesetengah pihak. Ini kerana beliau telah mengeluarkan RM15,000 untuk mendapat lagu tersebut.