‘Allah belum bagi rezeki’ – A. Aida tenang filem gagal ‘box office’

EntertainmentMovie
15 Oct 2026 • 9:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Allah belum bagi rezeki’ – A. Aida tenang filem gagal ‘box office’

PETALING JAYA – Penerbit dan pelakon Datuk A. Aida reda apabila filem terbitannya, Bisikan Nafsu yang sedang ditayangkan ketika ini dikatakan gagal menarik penonton ke pawagam.

Meski begitu, A. Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang, berkata, kegagalan tersebut bagaimanapun terbayar apabila runut bunyi filem tersebut nyanyian anaknya yang juga pelakon, pengacara, Azeva diterima ramai.

“Filem Bisikan Nafsu tidak berjaya menarik penonton tetapi saya reda sahaja. Allah SWT belum nak bagi rezeki.

“Tapi alhamdulillah, lagu tema Tanpa Rasa Jemu mendapat sambutan,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Akui A. Aida, setiap penerbit perlu bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dan tidak boleh meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap sambutan sesebuah filem.

“Buat filem macam itulah, kita kena ‘gamble’ dan tidak boleh menaruh harapan.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong dan kepada yang tidak menyokong pun, terima kasih juga,” katanya lagi.

Terdahulu, Bisikan Nafsu terbitan Hello Production Sdn. Bhd. dan ditayangkan sejak 1 Oktober lalu hanya berjaya mengutip RM139,436.85.

Naskhah lakonan Azeva, Aniq Suhair dan Zul Huzaimy itu mengangkat tema isu jenayah seksual. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Allah belum bagi rezeki’ – A. Aida tenang filem gagal ‘box office’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved