
AKTRES jelita yang juga bekas Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dilihat menyepikan diri selepas filem Bollywood pertamanya, Baaghi 4 gagal mendapat sambutan di pawagam.
Harnaaz yang sebelum ini dilihat aktif dalam media sosial, tidak lagi berkongsi sebarang aktiviti dalam Instagram mahupun akaun media sosialnya yang lain.
Situasi tersebut membuatkan peminatnya risau sekiranya dia tidak berada dalam keadaan baik dan bersedih di atas kegagalan filem itu.
Namun baru-baru ini, jelitawan itu dilihat kembali berkongsi foto terbaharunya dalam Instagram.
Kemunculan semulanya itu membuatkan peminat-peminatnya lega dan gembira.
“Oh Tuhanku. Miss Universe akhirnya sedar bahawa dia memiliki akaun Instagram. Senang sekali melihat anda kembali aktif,” komen netizen.
Filem Baaghi 4 yang dibintangi Harnaaz bersama Tiger Shroff kurang mendapat sambutan. Malah penampilannya dalam filem tersebut turut disamakan dengan Deepika Padukone menerusi filem Pathaan.
The post Filem pertama gagal, Harnaaz Sandhu hilang seketika appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Teruja lihat Kimi Antonelli mandi di taman tema di Selangor](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/Pelumba-Formula-1-Kimi-Antonelli-1024x538.jpeg)


