“Promote Amalan Puja Iblis Ke Ni? ” – Liyana Jasmay Dikecam Pakai T-Shirt Promosi Filem ‘Pemuja Syaitan’, Netizen Dakwa Boleh Lari Akidah

LocalMovie
25 Sep 2026 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay, baru-baru ini mengundang perhatian apabila mempromosikan filem terbaharunya menerusi media sosial.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mencuri perhatian bukan hanya kerana filem berkenaan, sebaliknya disebabkan rekaan T-shirt yang dipakai Liyana ketika melakukan promosi.

Advertisement

T-shirt berkenaan memaparkan tulisan “PEMUJA SYAITAN”, yang merupakan tajuk filem terbaharu tersebut.

View this post on Instagram

Perkara itu kemudian mendapat reaksi daripada beberapa pengguna media sosial yang mempersoalkan penggunaan tulisan berkenaan pada pakaian, terutama apabila ia dipakai di tempat awam sebagai sebahagian daripada promosi filem.

Seorang pengguna Threads, turut berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut.

pemuja syaitan

“Tahu feeling baddie, tp as a muslim, i rasa tergamaknya pakai baju yg obviously written those words as sinful as ‘pemuja syaitan’ ”

Dalam satu lagi komen, Shazlina menjelaskan bahawa teguran tersebut bukan bertujuan mencampuri urusan promosi filem, sebaliknya dia berasa kurang selesa melihat perkataan berkenaan dipakai pada pakaian.

“Itulah yu. Bukan nk jd kepochi. Tp pasal agama, sedih kalau tgk xda org berani tegur pn.”

Seorang lagi pengguna pula mencadangkan supaya rekaan T-shirt tersebut diubah agar lebih jelas menunjukkan ia merupakan bahan promosi filem, bukannya sekadar menampilkan tulisan Pemuja Syaitan.

“They could have designed the tee – Pemuja Syaitan. And below the word Syaitan put the words ‘The Movie’ or use the movie poster but print kat belakang.”

Shazlina kemudian bersetuju dengan cadangan tersebut.

Reaksi berkenaan menunjukkan terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan netizen mengenai cara sesebuah karya filem bertemakan kontroversi dipromosikan, khususnya apabila elemen daripada tajuk filem digunakan secara langsung pada pakaian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

evertt gomes2026-09-24 13:13:02

“Tolong Hormat Nama Keluarga Saya” – Evertts Gomes Tegur Kesalahan Ejaan Berulang

The post “Promote Amalan Puja Iblis Ke Ni? ” – Liyana Jasmay Dikecam Pakai T-Shirt Promosi Filem ‘Pemuja Syaitan’, Netizen Dakwa Boleh Lari Akidah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved