“Allah Dengar Dan Makbulkan Impian Kami Tak Sampai 24 Jam..” – Baru Berniat Nak Bawa Isteri, Sabri Yunus Dan Angeline Tan Dapat Tawaran Mengerjakan Umrah

7 Nov 2023 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan suami isteri baru yang masih lagi sering menjadi bualan ramai, Sabri Yunus dan isterinya Angeline Tan baru-baru ini dikatakan telah menerima tawaran dari seorang indivu untuk melaksanakan umrah.

Kata pasangan ini, memang mereka sudah terniat untuk pergi ke umrah ketika melihat poster-poster umrah semasa fitting baju mereka di Hotel Grand Barakah. Namun, tidak sangka sehari selepas itu mereka menerima panggilan memberitahu berita gembira tersebut.

Macam tak percaya, Allah dengar dah kabulkan impian kami dalam tempoh tak sampai 24 jam.

InsyaAllah, kami akan pergi selama dua minggu bermula 10 Disember.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

Tambah Sabri, keinginannya membawa isteri ke sana adalah untuk membawa Angline menziarah tempat bersejarah dan belajar tentang agama Islam di sana kerana di Malaysia mungkin berlainan pemahamannya.

Menurut pelakon berumur 62 tahun ini, individu yang menawarkan mereka ke umrah itu merupakan pesara di Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang kini mempunyai agensi umrah tersendiri.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Mentang-Mentang Kami Yang Dah Berusia Kahwin.." - Sabri Yunus Dedah Ditawar Jadi Duta Ubat Kuat