“Saya Terima Watak Tu Sebelum Peluk Islam..” – Angeline Tan Minta Netizen Jangan Terkejut Jika Dirinya Tak Bertudung

7 Nov 2023 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada pelakon Sabri Yunus yang baru sahaja memeluk Islam apabila bernikah dengan suaminya ini meminta agar penonton dan peminatnya faham jika dirinya ada membuka tudung untuk menyelesaikan shooting kerjanya.

Katanya, karakter yang diterima sebelum bernikah itu memang tidak bertudung dan itu merupakan perjanjian bersama pihak pengarah. Oleh itu, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline perlu bersikap profesional dan menyelesaikan kerjanya itu.

Saya terima watak dan kerja tu sebelum saya peluk Islam.

Saya pasti netizen akan memahami dan beri ruang untuk saya bekerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

Tambah pelakon berumur 56 tahun ini, dia berharap warganet akan memahami situasi dan permintaan kerjayanya itu. Angeline juga ingin penonton tahu membezakan dirinya dan watak yang dimainkan serta tidak menyamakan kedua itu dalam sebarang situasi.

Pada masa yang sama, seteleh bergelar Muslim, pelakon ini juga akui sedang belajar agama Islam berperingkat sedikit demi sedikit. Sang suami juga dikatakan tidak mahu meletakkan sebarang beban di atas isterinya itu. Biarlah dia belajar sendiri ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 9 hours ago

"Allah Dengar Dan Makbulkan Impian Kami Tak Sampai 24 Jam.." - Baru Berniat Nak Bawa Isteri, Sabri Yunus Dan Angeline Tan Dapat Tawaran Mengerjakan Umrah