
Macam yang korang tahu, sejak Innai Nunha dikeluarkan, banyak kontroversi yang melanda bekas pengacara Neelofa dan suaminya Haris Ismail.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di TikTok menunjukkan Neelofa gagal menahan emosinya ketika bertemu dengan reseller produknya itu.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Neelofa sedang mengesat air matanya ketika mendengar ‘aku janji’ oleh sekumpulan reseller untuk terus berusaha menjual inai keluarannya itu.
Ladyboss dah tak tahan dah tu. We promise you sama-sama kita put effort for Nunha okay? Insyaallah.
“Alhamdulillah for the family Nunha. We try our best okay? Banyak sangat dah Ladyboss usahakan for Nunha ni.”
@partner.nunha Jarang sangat nampak seorang @neelofa yg sgt tabah menitiskan air mata
niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa seagama cari rezeki sedangkan dia blh saja jual secara retail. Bangkit lah reseller2 #innainunha #nunha
#neelofa
Jarang sangat nampak seorang Neelofa yang sangat tabah menitiskan air mata. Niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa seagama cari rezeki sedangkan dia boleh saja jual secara retail. Bangkit lah reseller2.”
Difahamkan, video yang dikongsikan ini adalah dari perjumpaan keluarga besar Nunha yang dianjurkan baru-baru ini.
Di ruangan komen, ramai yang turut sebak melihat reaksi Neelofa ini dan turut memuji inai keluaran bekas pengacara ini yang dikatakan sangat berkualiti dan berbaloi.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang mempersoalkan kenapa ramai yang menaburkan fitnah dan dengki dengan segala usaha yang cuba dibuat oleh Neelofa dan suaminya itu untuk menghasilkan produk yang terbaik.

Bukan senang nak berniaga kan? Kena selalu kuat…
Baca: “I tak kisah semua tu” – [VIDEO] Ramai Kecewa Tengok Respon Sombong Neelofa Terima Hadiah TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

