“Allah SWT tahu niat saya..” – Julia Farhana tanggal hijab, temui diri sendiri

26 Jun 2026 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Julia Farhana mengakui keputusan untuk tidak lagi berhijab bukanlah sesuatu yang dibuat secara terburu-buru, sebaliknya melalui satu perjalanan yang panjang sejak Ramadan lalu.

Memetik Kosmo! Online, pemilik nama Julia Farhana Marin, 32, berkata perubahan tersebut merupakan satu fasa yang sukar dalam hidupnya dan hanya dirinya sendiri memahami apa yang sedang dilalui.

“Sejujurnya, ini merupakan satu perjalanan yang agak panjang sejak Ramadan lalu.
“Banyak perkara berubah dan saya sedang melalui satu fasa yang hanya diri saya sahaja faham. Saya tidak mengharapkan orang lain untuk memahaminya.
“Allah SWT tahu niat saya dan sudah tentu orang akan cakap ‘niat tidak menghalalkan cara’. Pastinya perjalanan memberi komitmen untuk terus berhijab adalah satu peralihan yang sangat besar.
“Saya tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku tetapi saya mahu mengambil masa buat diri sendiri untuk kali ini,”katanya.

Image from: “Allah SWT tahu niat saya..” – Julia Farhana tanggal hijab, temui diri sendiri

Pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu bagaimanapun menegaskan tindakannya bukan bertujuan untuk menormalisasikan perbuatan tersebut, sebaliknya memohon ruang untuk terus belajar dan memperbaiki diri.

Menurutnya, setiap keputusan yang dibuat adalah demi Pencipta, namun dia mengakui dirinya hanyalah manusia biasa yang memerlukan masa untuk melalui proses kehidupan.

Image from: “Allah SWT tahu niat saya..” – Julia Farhana tanggal hijab, temui diri sendiri

Artikel lain: Tiada gambar raya bersama, saling ‘unfollow’ di Instagram, rumah tangga Julia Farhana didakwa bergolak?

Dalam masa sama, Julia meluahkan rasa syukur apabila menerima sokongan dan doa daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat sepanjang melalui fasa berkenaan.

Terdahulu, menerusi Instagram, Julia memuat naik foto tanpa hijab dengan kapsyen, “Menemui diri saya dan tidak akan kehilangannya lagi.”

Pada Mei lalu, pelakon itu turut mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video tanpa hijab menerusi InstaStory selain menukar foto profil akaun Instagramnya dengan imej tidak berhijab.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved