“Allah Takdirkan Dengan Sejatuh-Jatuhnya Sekali Aib Diri” – Da’i Wan Tegur DMA Islam

18 Jun 2025 • 12:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia dma Islam

Pertarungan yang dinanti-nantikan antara pempengaruh kontroversi, DMA Islam dan Abang Koroy nampaknya berakhir dengan kekalahan di pihak DMA.

Namun, lebih dari sekadar keputusan gelanggang, kekalahan itu membuka ruang kepada teguran terbuka daripada figura dikenali iaitu Da’i Wan.

Beliau tampil menyuarakan pandangan yang cukup mendalam, bukan sekadar tentang tinju, tapi lebih kepada sikap dan akhlak generasi muda yang terlalu cepat menonjolkan ‘kejantanan’ walaupun belum ada sumbangan yang jelas dalam masyarakat.

Da’i Wan beri teguran buat DMA Islam

image is not available

Menerusi satu hantaran, Da’i Wan dengan nada tegas menyatakan bahawa ‘kejantanan’ atau ‘masculinity’ bukanlah tiket untuk berlagak atau meninggi diri, apatah lagi kalau masih belum ada pencapaian besar untuk dibanggakan.

Yang masih muda, belum ada apa-apa sumbangan dan bukti karier. Jangan tunjuk rasa masculinity dengan lagak dulu, sebab belum layak.

Beliau juga menyentuh soal adab dan tutur kata yang dilihat semakin diabaikan. Malah, katanya lagi, jika tidak menjaga akhlak, jangan terkejut jika Allah takdirkan kejatuhan itu dengan penuh aib sebagai pengajaran.

“Tunduk dan hormat lebih baik dari tunjuk gagah”

image is not available

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Abang Koroy di atas kemenangan tersebut.

Tambahnya lagi, sukan tinju ini sepatutnya menjadi medan menghubungkan silaturahim, bukan tempat menunjuk ego.

Beliau berharap kekalahan ini jadi titik tolak untuk DMA berubah ke arah yang lebih positif dan matang.

Pssttt! Jadilah anak muda yang bukan hanya pandai beraksi di gelanggang, tetapi juga bijak menjaga akhlak dan membawa nilai positif dalam setiap tindakan. Kadang-kadang, yang menang bukan yang paling kuat, tapi yang paling beradab.

Kredit: Instagram Wan Dazrin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.