DMA Islam Luny*i, Tewas Di Tangan Abang Koroy Dalam Pertandingan Tinju

Entertainment
18 Jun 2025 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pempengaruh DMA Islam berkata dia bakal berlawan tinju dengan seorang lagi pempengaruh, Abang Koroy.

Sebelum ini, mereka dijadualkan untuk berlawan di Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad lalu namun ia dibatalkan pada saat-saat akhir.

Pun begitu pelawanan mereka tetap diteruskan semalam di The Cage, Lalaport, dalam beberapa sesi live di TikTok yang memaparkan perlawanan mereka itu, dapat dilihat DMA Islam teruk dibelasah oleh Abang Koroy.

Lebih menyedihkan, pertarungan tersebut sepatutnya berlangsung selama lima pusingan, namun, DMA Islam tidak mampu menghabiskan keseluruhan pusingan.

Ramai yang menyangka DMA Islam akan memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang menghina pelajar jurusan Komunikasi dan Media, Teater, Muzik dan Tarian selepas tewas dalam pertarungan itu.

Namun, dia masih berpegang pada egonya dan enggan meminta maaf, malah mengeluarkan kata-kata kesat ketika ditanya hos pertandingan, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.

Sebagai info, pertandingan itu menawarkan hadiah utama sebanyak RM10,000 yang dimenangi oleh Abang Koroy.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.