“Allah Telah Meminjamkan Tun Dr Hasmah Sebegitu Lama”, Luahan Tun Dr Mahathir Undang Sebak

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 12:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Allah Telah Meminjamkan Tun Dr Hasmah Sebegitu Lama”, Luahan Tun Dr Mahathir Undang Sebak

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Beliau berkata, dirinya masih belum begitu kuat untuk kembali menjalankan tugas di pejabat walaupun sudah mencuba untuk berbuat demikian sejak sehari dua ini.

Katanya, dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, beliau bagi pihak seluruh ahli keluarga turut berterima kasih atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada Allahyarhamah Hasmah sehingga kini.

“Saya amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada isteri saya Hasmah sehingga sekarang, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja.

“Ia mengingatkan saya, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan, supaya saya terus bersyukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama sehingga ke usia saya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat salam yang tidak disambut, lambaian yang tidak dibalas serta ucapan takziah yang masih belum dijawab sepanjang tempoh berkenaan.

Baca juga:

Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan dan mendoakan keluarganya dalam menghadapi saat sukar itu.

“Terima kasih,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved