Allahyarham tokoh wanita dihormati, dekat di hati rakyat – Ahmad Zahid

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 12:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Allahyarham tokoh wanita dihormati, dekat di hati rakyat – Ahmad Zahid

Image from: Allahyarham tokoh wanita dihormati, dekat di hati rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, hari ini.

Menerusi ucapan takziahnya, Ahmad Zahid menyifatkan Allahyarhamah sebagai tokoh wanita yang amat dihormati serta dekat di hati rakyat Malaysia.

“Selama puluhan tahun, kita semua menjadi saksi Allahyarhamah menjadi teman hidup Tun, berkongsi hari-hari bersama, membesarkan keluarga dan mendampingi beliau ketika memikul amanah kepada negara.

“Sukar untuk membayangkan betapa sunyinya kehilangan insan yang begitu lama berada di sisi,” katanya.

Menurut beliau, Allahyarhamah turut dikenang atas khidmatnya sebagai seorang doktor serta keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat.

Katanya, kelembutan, kesederhanaan dan keteguhan Allahyarhamah sepanjang hayat menjadikan beliau insan yang disayangi serta menjadi contoh teladan kepada rakyat Malaysia.

“Saya dan keluarga merakamkan salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada Tun Dr. Mahathir serta seluruh keluarga.

“Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang yang beriman.

“Saya juga mendoakan semoga Tun Dr. Mahathir serta seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Allahyarham tokoh wanita dihormati, dekat di hati rakyat – Ahmad Zahid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved