Allahyarham Tun Siti Hasmah suka kongsi sambal goreng dengan staf IJN

29 Sep 2026 • 12:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Allahyarham Tun Siti Hasmah suka kongsi sambal goreng dengan staf IJN

PETALING JAYA – Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sering membeli sambal goreng dengan jumlah yang banyak untuk dikongsi bersama-sama kakitangan di Institut Jantung Negara (IJN).

Seorang doktor IJN, Dr. Iskandar Mirza yang menjadi doktor peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemberian daripada Tun Siti Hasmah itu salah satu daripada perkara kecil mencerminkan sifat pemurah dan ambil berat dalam dirinya.

“Apa yang paling menyentuh hati saya ialah setiap kali kami berbual, beliau hampir selalu bertanyakan tentang isteri saya.

“Walaupun mereka tidak pernah bertemu, Tun tetap mengingati untuk bertanya khabar isteri saya, warna kegemarannya dan sama ada dia menyukai sambal goreng,” katanya pada hantaran Facebook.

Dr. Iskandar Mirza berkata, Tun Siti Hasmah seorang yang mesra, lemah lembut dan sentiasa mempunyai rasa humor serta sangat menyenangkan sekali gus pemergiannya semalam membawa kepada kesedihan amat mendalam.

“Setiap kali saya menyapanya, ‘Tun, Iskandar di sini. Macam mana Tun rasa hari ini?’. Beliau akan terus menjawab, ‘Tidak, saya tidak akan panggil kamu Iskandar. Saya akan panggil kamu Mirza.’,” katanya

Tambahnya, beliau akan setiasa menghargai setiap perbualan tersebut dan menganggapnya sebagai satu keistimewaan kerana pernah mengenali Allahyarham.

“Salam takziah buat keluarga dan insan tersayang Tun Dr. Siti Hasmah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Semoga segala kebaikan, jasa dan sifat penyayang yang dicurahkan sepanjang hayatnya terus hidup dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Allahyarham Tun Siti Hasmah suka kongsi sambal goreng dengan staf IJN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved